My Add

Sunday 25 December 2011

1,900 paten didaftar dalam 10 bulan pertama 2011

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Disember, 2011: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mendaftarkan sebanyak 1,973 paten dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Menurut laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), www.kpdnkk.gov.my, daripada jumlah itu, 1,694 paten dimiliki pihak asing dan selebihnya tempatan.

MyIPO menerima 5,373 permohonan untuk pendaftaran paten dan 4,439 daripadanya oleh pihak asing.

Bidang kimia dan logam mempunyai jumlah paten tertinggi yang didaftarkan iaitu 552, diikuti keperluan manusia (335) serta pelaksanaan operasi dan pengangkutan (328).

Bagi reka bentuk perindustrian, MyIPO menerima 1,607 permohonan pendaftaran dan 983 daripadanya oleh pihak asing.

Daripada jumlah itu, MyIPO mendaftarkan 1,373 reka bentuk perindustrian dan 750 dimiliki pihak asing. Selain itu, MyIPO mendaftarkan 18,982 cap dagangan daripada 23,552 permohonan yang diterima sepanjang tempoh tersebut. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment