My Add

Saturday, 10 December 2011

6 peniaga dikenakan tindakan ketika Lima 2011 berlangsung

LANGKAWI, SABTU, 10 Disember, 2011:
BAHAGIA Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan terhadap enam peniaga kerana pelbagai kesalahan sepanjang berlangsungnya Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2011). 

Ketua Pegawai Penguatkuasa Cawangan Langkawi, Azmi Dan, berkata kesalahan
itu adalah penggunaan alat timbang dan sukat yang luput tarikh, menjual barang tiruan dan melanggar peraturan jualan murah.

"Peniaga terbabit akan dikompaun yang jumlahnya belum dipastikan," katanya hari ini. 

Beliau berkata, seramai 30 anggota penguatkuasa dari Langkawi dan cawangan 
lain membantu menjalankan pemantauan yang diadakan sejak 1 Disember lalu hingga hari ini, yang diadakan di hotel, restoran, kedai dan gerai makanan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment