My Add

Saturday 10 December 2011

LIMA 2011: Sumbang peningkatan penumpang 15 peratus

LANGKAWI, SABTU, 10 Disember, 2011:
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Langkawi mencatatkan penambahan penumpang 15 peratus sepanjang Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011), selepas lima hari, bermula Selasa lalu.

Pengurus lapangan terbang itu, Abdul Halim Othman, berkata peningkatan itu

kebanyakannya disumbang daripada pempamer LIMA 2011 dan pelancong. "Sebanyak 24 penerbangan berjadual diadakan ke Langkawi setiap hari oleh
beberapa syarikat," katanya hari ini.

Katanya, walau pun tiada tambahan penerbangan, syarikat penerbangan
menggunakan pesawat lebih besar bagi menampung permintaan.

Ketika ini, Malaysia Airlines (MAS), Air Asia, Firefly, Berjaya Air dan
Silk Air Singapura mengadakan penerbangan setiap hari ke pulau bebas cukai ini. 
Lapangan terbang itu mensasarkan 1.4 juta penumpang tahun ini berbanding
1.3 juta tahun lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment