My Add

Monday 12 December 2011

7 lori tangki NATO musnah serangan di Pakistan

MUSNAH...sekumpulan penyerang bersenjata menembak mati seorang pemandu lori dan membakar tujuh lori tangki minyak NATO di barat daya Pakistan, lewat malam Ahad. Lori berkenaan yang terpaksa berpatah balik ke pelabuhan Karachi selepas Islamabad menutup sempadan Afghanistan susulan serangan pertama, membawa bekalan minyak kepada tentera NATO di Afghanistan. - Foto AFP
QUETTA (Pakistan), ISNIN, 12 Disember, 2011: 
SEKUMPULAN bersenjata menyerang lori tangki NATO di barat daya Pakistan untuk kali kedua dalam tempoh beberapa hari. 

Serangan kedua lewat malam Ahad (waktu tempatan) selepas empat hari lalu, mengakibatkan kumpulan penyerang itu menembak mati seorang pemandu dan memusnahkan tujuh lori tangki NATO.

Di sebalik kejadian di wilayah bergolak Baluchistan, iaitu pertelagahan antara kumpulan pemisah dan Taliban, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Selepas Islamabad menutup sempadan antara Pakistan dan Afghanistan kepada konvoi NATO yang sudah memasuki hari ke-17, lori tangki terpaksa berpatah balik ke pelabuhan Karachi, Laut Arab. 

Menurut pihak polis, serangan ke atas konvoi itu berlaku di bandar Dadar, iaitu 90 kilometer barat daya Quetta, yang juga ibu kota Baluchistan. - AFP 


No comments:

Post a Comment