My Add

Monday 12 December 2011

Kawan pembangkang dapat habuan projek Lynas: MB

KUANTAN, ISNIN, 12 Disember, 2011:
MENTERI Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau dan anggota exco kerajaan negeri tidak mendapat sebarang habuan daripada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di sini.

"Demi Allah, Demi Rasul, saya tidak terima satu sen pun dari Lynas,” kata pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 hari ini.

Sebaliknya, “rakan-rakan” kepada wakil rakyat pembangkang yang memperoleh pelbagai projek pembinaan kilang berkenaan, kata Adnan sambil memegang satu dokumen bagi membuktikan bahawa terdapat projek pembinaan berjumlah RM35 juta, RM25 juta dan RM12.4 yang diberikan kepada mereka yang berkaitan dengan wakil rakyat pembangkang.

Beliau berkata, isu pembinaan kilang itu telah diputarbelitkan dengan pembohongan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan resah gelisah rakyat terutama penduduk di Kuantan.

Adnan berkata, tindakannya menerangkan panjang lebar pada sesi penggulungan pada Bajet 2012 yang menyentuh soal kilang berkenaan adalah kerana terdapat persepsi pihak tertentu kononnya beliau banyak “berdiam diri kerana takut" berhubung isu berkenaan.

Katanya, setakat ini beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan sepenuhnya pihak yang menerima projek itu. – Bernama

No comments:

Post a Comment