My Add

Friday 9 December 2011

Agus tolak jadi calon PRU13

KOTA BHARU, JUMAAT, 09 Disember, 2011:
KETUA Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff tidak berhasrat bertanding mewakili mana-mana parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Tidak menafikan bahawa beliau pernah mendapat tawaran untuk bertanding, Mohammad Agus berkata, menjadi ahli politik bukan agenda hidupnya.

Pensyarah yang berasal dari Machang, Kelantan itu bagaimanapun enggan menyatakan parti yang membuat tawaran itu. - UM

"Sekiranya diletakkan ganjaran RM10 juta di hadapan saya dengan disaksikan keluarga saya sekalipun, saya tidak akan menerima tawaran untuk bertanding.

"Saya dilahirkan untuk menjadi seorang ahli akademik, pendidik anak bangsa dan pelajar saya dan itu yang akan saya terus dukung sejujurnya.

"Tawaran datang sejak dahulu lagi, kesemuanya saya tolak kerana tidak mungkin untuk saya bertanding dan ia tidak pernah terlintas dalam fikiran," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini semalam.

Mohammad Agus, 50, diminta mengulas ura-ura beliau akan bertanding sebagai calon pembangkang dalam pilihan raya akan datang.

Beliau yang dilihat 'mesra' kepada Pas dan lebih banyak menegur dasar kerajaan berkata, sikapnya itu tidak patut disalah tafsir kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang pemikir.

"Saya banyak menegur kerajaan kerana saya cintakan kerajaan, saya adalah produk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mana saya percaya kerajaan telah membelanjakan lebih RM1 juta untuk pendidikan saya dari dalam hingga ke luar negara.

"Saya tidak balik berkhidmat di Malaysia hanya untuk menjadi tukang angguk tetapi akan memberi teguran secara konstruktif tanpa memburukkan peribadi individu dan membelakangi undang-undang negara," katanya.

Mohammad Agus sudah berkhidmat lebih 26 tahun di UKM dan mendapat kelulusan doktor falsafah dari University of Manchester, England dalam bidang sains politik. -UM

No comments:

Post a Comment