My Add

Monday 5 December 2011

Akta Antartika bakal wujudkan Institut Sains Polar Malaysia

KUALA LUMPUR, ISNIN  05 Disember, 2011:
Malaysia kini dalam proses merangka Akta Antartika Malaysia, yang mana salah satu elemen utama akta tersebut ialah mewujudkan Institut Sains Polar Malaysia.

Institut itu bakal memainkan peranan penting bagi melipatgandakan penglibatan aktif Malaysia dalam penyelidikan dan penerokaan di kutub, kata Pengerusi Program Penyelidikan Antartika Malaysia, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.

"Kita sedang merangka akta tersebut dan jika berjalan lancar, ia dijangka boleh dibentangkan di Parlimen sebelum penghujung tahun depan,” katanya kepada wartawan selepas lawatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ke Akademi Sains Malaysia (ASM) di sini, hari ini.

Tuanku Mizan membuat lawatan kerja ke pusat penyelidikan di Scott Base, Antartika akhir bulan lepas.

Salleh berkata, keperluan akta itu juga berikutan keanggotaan bersejarah Malaysia dalam Triti Antartika yang baru ditandatangani pada 31 Oktober lepas.

Penandatanganan tersebut juga telah meletakkan Malaysia sebagai negara pertama Asia Tenggara dan negara Islam pertama di dunia menyertai triti itu. – Bernama

No comments:

Post a Comment