My Add

Monday 5 December 2011

Sg Batu, Lembah Bujang jadi pusat pameran tamadun manusia

GURUN, ISNIN,  0 5 Disember, 2011:
SUNGAI Batu dalam Lembah Bujang di Merbok, yang disahkan sebagai penempatan tamadun seawal abad pertama, akan dibangunkan menjadi pusat pameran tamadun manusia yang diktiraf oleh UNESCO, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, kementeriannya akan membawa wakil UNESCO untuk memberi penilaian baru terhadap penemuan artifaks di Sungai Batu yang telah diradiokarbon dan disahkan di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea bertarikh abad pertama atau tarikh 101.

"Ini adalah fakta sejarah arkeologi bahawa tamadun pertama wujud di Lembah Bujang, lebih tua dari Manusia Perak yang ditemui di Lenggong dan mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai warisan dunia.

"Saya telah dua kali bentangkan laporan tamadun Sungai Batu kepada Kabinet kerana mahu penemuan bersejarah ini tidak dipandang ringan,” kata Rais kepada pemberita selepas merasmikan pameran ”Pedang Nabi Muhammad S.A.W, Khazanah Tamadun Islam dan Koleksi Sejarah Seni Silat Pusaka Gayong” di Dewan Sri Zaleha di kilang Naza di sini hari ini.

Selain UNESCO, kementerian juga akan meminta pakar-pakar antarabangsa membuat pembentangan dari sudut sejarah sementara Universiti Sains Malaysia meneruskan kajian di tapak penemuan artifaks di Sungai Batu, katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment