My Add

Thursday 15 December 2011

Anak perempuan Gaddafi minta ICC siasat kematian bapanya

THE HAGUE, RABU, 15 Disember, 2011: Anak perempuan Muammar Gaddafi meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa sama ada ia akan menyiasat pembunuhan bapanya dan abangnya. 

Peguam Aisha Gaddafi, Nick Kaufman, berkata beliau sudah menghantar surat kepada pendakwaraya ICC, Luis Moreno-Ocampo untuk meminta lebih banyak maklumat mengenai kejadian pada 20 Oktober lalu yang menyebabkan kematian Muammar Gaddafi dan anak lelakinya, Muatassim Gaddafi.

"Aisha ingin tahu sekiranya Mahkamah Jenayah Antarabangsa akan menyiasat pembunuhan itu dan jika tidak, mengapa," kata Kaufman. - AFP

No comments:

Post a Comment