My Add

Sunday 4 December 2011

Anwar sanggup fitnah, berbohong untuk jadi Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Disember, 2011: 
PRESIDEN UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selama tiga tahun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memfitnah beliau dan berbohong dengan rakyat Malaysia semata-mata mahu mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Tidak cukup dengan itu, kata Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut difitnah.

Pembohongan terbesar Anwar dalam sejarah, kata beliau, ialah pengisytiharan tarikh 16 September sebagai tarikh menubuhkan kerajaan pembangkang.

‘‘Dia kata dia nak berarak ke Putrajaya, dia kata Yang di-Pertuan Agong menunggu untuk dia mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

‘‘Lepas tu dia beri tahu, Angkatan Tentera Malaysia menyokong dia, sedangkan Panglima Angkatan Tentera (ketika itu), Tan Sri Aziz Zainal setia kepada kerajaan,’’ tegasnya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam.

Bagaimanapun kata Presiden UMNO itu, pemimpin PKR itu bukanlah kuat sangat, sebaliknya hanya pandai berkokok sahaja.

‘‘Dia kata kamilah juara tapi parti sendiri kucar kacir,’’ kata Najib.

Dilihat sebagai merujuk kepada keengganan Anwar bersumpah dalam kes dakwaan liwat pemimpin PKR itu, Najib secara sinis berkata, beliau sudah empat kali bersumpah di masjid. - MM

No comments:

Post a Comment