My Add

Monday 26 December 2011

Banjir: Lebih 35,000 penduduk Sarawak terputus hubungan

KUCHING, ISNIN, 26 Disember, 2011: Lebih 35,000 penduduk kawasan sekitar Asajaya dan Sadong Jaya terputus hubungan darat ke Kuching apabila kawasan itu dinaiki air antara 0.5 hingga 1.5 meter sejak petang semalam.

Berikutan itu, hampir 5,000 penduduk di kawasan terbabit sudah dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Banjir yang dibuka di Kompleks Sukan Asajaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Kelali, Semera; Surau Kampung Rangawan dan SK Terasi.

Hujan lebat tanpa henti yang memasuki hari ketiga di kebanyakan kawasan di Sarawak hari ini juga, menyebabkan 919 penduduk di empat kawasan lain turut dipindahkan pagi tadi.

Mereka ialah 605 penduduk daripada 121 keluarga di empat rumah panjang di Ulu Balingian yang berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bukit Arif, Balingian; 100 penduduk Kampung Beradek yang kini ditempatkan sementara di Surau Kampung Beradek; 60 penduduk dari Kampung Tengah Batu Kawa yang kini berkhemah di atas bukti berhampiran dan 154 dari Kampung Semariang Batu, berpindah ke Dewan Semariang. 

No comments:

Post a Comment