My Add

Monday, 26 December 2011

Fenomena air pasang landa 6 kampung di Bachok

BACHOK, ISNIN, 26 Disember, 2011: Lebih 40 anggota keluarga dari enam kampung sekitar pesisiran pantai Bachok di sini terpaksa bersengkang mata selama lapan jam sejak jam 8 malam tadi kerana rumah mereka digenangi air sedalam antara 0.2 dan 0.4 meter berikutan fenomena air laut pasang besar yang diikuti ombak kuat dan tiupan angin kencang. 

Penduduk yang tinggal di Kampung Pantai Damak, Kampung Perupuk, Kampung
Kubang Golok, bandar lama Bachok berhampiran Pantai Irama, Kampung Tok Burungdan Kampung Tanjung Chat bertindak menyelamatkan barangan penting di dalam rumahmasing-masing sebaik saja limpahan air masin mengalir masuk menerusi ruang dapur rumah mereka.

"Ini kali kedua fenomena ini berlaku sejak 63 tahun dan kali ini lebih besar
berbanding pada tahun 1948," kata penduduk kampung Kubang Golok, Rahim Ghazali 46.

Beliau berkata, angin kencang dan ombak besar bermula selepas waktu Maghrib,
semalam, membawa limpahan air masin sedalam antara 0.2 dan 0.4 meter menyebabkan semula peralatan eletrik seperti televisyen dan peti sejuk terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Tinjauan pemberita pada jam 1 pagi turut mendapati sebahagian besar penduduk
bandar Bachok berkumpul berhampiran pusat peranginan Pantai Irama menyaksikan ombak besar dan limpahan air laut ke jalan raya utama yang turut merosakkanlandskap dan merobohkan benteng pantai yang dibina.

Kebanyakan penghuni 20 buah rumah yang terbabit terpaksa berkumpul di luar
rumah masing-masing kerana bimbangkan keselamatan diri sementara menunggu anginreda dan paras air surut.

Hafizul Bustamin, 29, dari Kampung Kubang Golok berkata, fenomena angin kencang dan ombak besar itu berlaku sejak dua hari lalu di mana penduduk sentiasa berdepan ombak kuat disusuli angin kencang.

Beliau berkata, selain peralatan eletrik, kenderaan seperti kereta dan motosikal yang lazimnya diletakkan di sekitar halaman rumah terpaksa dipindahkan
ke kawasan yang lebih tinggi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment