My Add

Wednesday 14 December 2011

Bayar bil telefon, wang RM8,000 dalam kereta lesap

KUANTAN, RABU, 4 Disember, 2011: 
SEORANG ahli perniagaan kerugian wang tunai berjumlah RM8,000 apabila wang berkenaan yang diletakkan di dalam kenderaannya di Jalan Tun Ismail di sini lesap, tengah hari tadi. 

Mangsa yang berusia lewat 40-an itu baru saja mengeluarkan wang tunai dari sebuah bank di kawasan berkenaan dan wang tersebut yang diletakkan di dalam sampul surat kemudiannya disimpan di dalam laci kenderaan pacuan empat roda miliknya.

Timbalan Ketua Polis daerah Kuantan, Superitendan Zulkifli Taha, berkata kejadian tersebut hanya disedari mangsa selepas dia kembali semula ke kenderaannya kira-kira jam 1 tengah hari.

"Mangsa terkejut apabila mendapati cermin tingkap depan bahagian kiri penumpang pecah dan terdapat kesan umpil pada laci keretanya. 

"Menurut laporan mangsa, selepas mengeluarkan duit itu dan menyimpannya di dalam kereta, mangsa ke sebuah syarikat telekomunikasi di seberang jalan untuk menjelaskan bil telefon," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Beliau berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 

"Orang ramai diingatkan agar tidak sesekali meninggalkan wang tunai ataupun barang berharga di dalam kenderaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment