My Add

Wednesday 14 December 2011

Bekalkan susu berkualiti ke sekolah

MUHYIDDIN Yassin melihat susu 1Malaysia sambil menerima penerangan daripada Andres Wester (kiri) dan Johannis Al-Arif Ibrahim selepas majlis menandatangani MoU diantara Hybrid Allied Sdn. Bhd. dan Tetra Pak (M) Sdn. Bhd. di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, 14 Disember, 2011:HYBRID Allied Sdn. Bhd. dan Tetra Pak (M) Sdn. Bhd. hari ini menandatangani kerjasama bagi membekalkan susu berkualiti untuk Program Susu Sekolah 1Malaysia di wilayah utara tanah air.

Tetra Pak merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang menjadi pemain utama dalam bidang pembungkusan inovatif bagi meningkatkan kualiti sesuatu produk khususnya yang berkait dengan industri tenusu.

Melalui perjanjian berkenaan Tetra Pak akan menyediakan sokongan teknikal kepada Hybrid Allied bagi memastikan semua susu yang dibekalkan syarikat itu mematuhi standard yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.

MOHD. ASRON MUSTAPHA melaporkan, perjanjian tersebut disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Menurut Pengarah Urusan Hybrid Allied, Datuk Johannis Al-Arif Ibrahim, dengan kepakaran teknikal dan pengalaman Tetra Pak, pihaknya yakin murid sekolah rendah akan dapat menikmati susu berkualiti sekaligus membantu perkembangan mental dan fizikal mereka.

“Melalui kerjasama ini, kami akan menggunakan kaedah pembungkusan dan pemproses susu termoden berdasarkan kepakaran Tetra Pak dan ini memberi kelebihan untuk kami membekal susu berkualiti,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Tetra Pak, Andres Wester berkata, selain menawarkan kepakaran dan pengamalan kepada Hybrid Allied, pihaknya juga turut menyediakan pakej latihan bagi memastikan standard kualiti dikekalkan.

Jelasnya, dengan pengalaman menyediakan perkhidmatan yang sama kepada lebih 50 buah negara lain, pihaknya yakin Hybrid Allied akan menjadi peneraju utama dalam dalam membekal produk tenusu di negara ini.

No comments:

Post a Comment