My Add

Monday 26 December 2011

Belia disaran manfaat peruntukan kerajaan

IPOH 25 Dis - Para belia disaran supaya memanfaatkan dana berjumlah RM400 juta yang diperuntukkan di bawah Belanjawan 2012 untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, separuh daripada peruntukan itu adalah bagi meningkatkan kemahiran mereka sementara separuh lagi disalurkan kepada syarikat modal teroka milik kerajaan MyCreative Venture Capital.

"Melalui MyCreative Venture Capital, golongan belia yang ingin menceburi bidang inovasi dan kreatif boleh mendapatkan dana bagi memulakan perniagaan," katanya di sini semalam.

Katanya lagi, selain peruntukan tersebut, golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawan boleh mendapat dana permulaan perniagaan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyediakan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Menurutnya, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) turut menyediakan dana sebanyak RM300 juta kepada golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menambah, selaras dengan sasaran kerajaan menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, pembangunan jati diri golongan belia mesti diberi keutamaan. - Bernama

Jelasnya, belia perlu dipersiapkan sepenuhnya bagi menggalas cabaran membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain peruntukan tersebut, tambahnya, golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawan boleh mendapat dana permulaan perniagaan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM2.1 bilion.

Ahmad Husni juga berkata, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) turut menyediakan dana sebanyak RM300 juta kepada golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment