My Add

Wednesday 14 December 2011

BIK kumpul RM40,000 untuk bantu rakyat Palestin

MUKHRIZ Mahathir memotong pulut kuning pada Majlis Makan Malam Sempena Meraikan Para Dermawan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut sama Abu Seman Yusop (kiri), Norizan Ali dan Rizuan Abdul Hamid (kanan).

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Dismber, 2011:
SEBANYAK RM40,000 berjaya dikumpul oleh Persatuan Belia Islam Kepong (PBIK) bagi tujuan kebajikan terutama membantu rakyat Palestin.

Setiausaha PBIK, Abdul Razak Abdul Rahman berkata, dana tersebut adalah sumbangan yang diberikan oleh pelbagai syarikat korporat serta individu yang prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat di bumi Palestin.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada golongan dermawan ini kerana terpanggil untuk sama-sama menyalurkan bantuan, sekaligus meringankan beban rakyat Palestin.

"Wang ini akan diserahkan kepada Perdana Global Peace Foundation (PGPF) yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan kepada rakyat negara itu," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Makan Malam Sempena Meraikan Para Dermawan di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop ; Presiden PBIK, Norizan Ali dan Penasihat PBIK, Datuk Rizuan Abdul Hamid.

Tambah Abdul Razak, Mukhriz selaku Penaung Yayasan Al-Quds akan menerima wang tersebut untuk diserahkannya kepada PGPF.

Pada majlis itu, Mukhriz turut merasmikan penubuhan PBIK yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menekankan aktiviti kepimpinan dan pembangunan masyarakat.

No comments:

Post a Comment