My Add

Sunday 11 December 2011

BN Pahang letak ramai calon wanita

PEKAN, AHAD, 11 Disember, 2011: 
BARISAN Nasional (BN) Pahang mungkin akan meletakkan lebih ramai calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau sedang meneliti calon wanita yang boleh menang dan sesuai untuk bertanding pada pilihan raya itu.

Setakat ini, beliau mengenal pasti hanya dua calon wanita yang boleh menang untuk bertanding.

“Memang wanita dalam BN kuat bekerja dan mereka telah minta kouta untuk menjadi calon.

“Tetapi calon yang boleh menang di kalanganwanita tidak ramai dan kita kena cari dulu. Proses mencari calon tersebut

akan saya teruskan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Projek InfoSTI@MOSTIdi Nenasi, di sini semalam. MM

No comments:

Post a Comment