My Add

Sunday 11 December 2011

Krisis dalaman DAP serius

NIBONG TEBAL, AHAD, 11 Disember, 2011: Krisis dalaman DAP kini semakin serius ekoran pertelagahan yang wujud di kalangan pemimpin parti itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Menurutnya, pertelagahan antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy dijangka menjadikan masalah dalaman parti itu lebih buruk.

"Mereka (pemimpin DAP) masing- masing mempunyai senarai calon sendiri seperti senarai warlord, senarai mafia dan senarai godfather,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Jalur Lebar dan Merakyatkan Seni Budaya (PMS) di Padang Awam Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat, di sini semalam. - MM

No comments:

Post a Comment