My Add

Wednesday 7 December 2011

BN terima dan hormati keputusan rakyat - Muhyiddin

CANBERRA, RABU, 07 Disember, 2011: 
KERAJAAN pimpinan Barisan Nasional (BN) begitu matang dalam proses politiknya untuk menerima dan menghormati keputusan rakyat dan juga undang-undang walaupun ia tidak memihak kepadanya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebagai contoh kekalahan BN dalam beberapa pilihan raya kecil jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak memanipulasi proses pilihan raya seperti yang didakwa oleh parti-parti pembangkang.

Muhyiddin berkata, BN sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab selama 54 tahun, sentiasa meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaannya.

"Jika anda berasa dalam beberapa hal, kerajaan memanipulasi keadaan sama ada melalui proses pilihan raya atau melalui agensi penguatkuasa yang lain, cuba bayangkan apa yang telah anda jangkakan. Mungkin ada masalah.

"Tapi, kita tidak begitu... kita memang terima (keputusan itu) kadang kala dalam pilihan raya, kadang kala dalam mahkamah undang-undang kerana kita telah begitu matang dalam proses politik. Kita terima keputusan walaupun ia tidak menyebelahi kita,” katanya apabila menjawab soalan daripada peserta selepas menyampaikan syarahan umum di Australian National University, di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment