My Add

Wednesday 7 December 2011

Sultan Kelantan terima darjah kebesaran Yang di-Pertuan Agong


SULTAN Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra (kiri) berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu, hari ini. - Foto BERNAMA


KOTA BAHARU, RABU, 07 Disember, 2011: 
YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. 

Majlis penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Tuanku Mizan kepada Sultan Muhammad V itu di Bilik Rehat Raja-Raja, Istana Negeri, Kubang Kerian di sini.

Turut berangkat sama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Sultan Ismail Petra dan kerabat diraja yang lain.
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. 

Selesai majlis penganugerahan itu, Sultan Muhammad V kemudiannya turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi) (SPMK) kepada Rosmah. 

Majlis yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berakhir 45 minit selepas itu. 

Perdana Menteri dan isteri kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment