My Add

Sunday 25 December 2011

Bonus bukan 'gula-gula'

TIMBALAN Ketua Pas FELDA Kemahang, Mohd Romli Derami 52, secara tiba-tiba berjumpa dengan Tan Sri Isa dan mengumumkan seramai 304 orang ahli Pas FELDA Kemahang keluar dari  dan menyertai UMNO selepas majlis ramah mesra bersama Pengerusi FELDA dan juga penyerahan cek Insentif Produktiviti Peneroka Felda Kemahang berjumlah RM2.9 juta kepada wakil peneroka Kemahang di Dewan Orang ramai FELDA Kemahang 3, Tanah Merah, semalam.

Insentif ringan beban peneroka 

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
KOTA BHARU, AHAD, 25 Disember, 2011: Pemberian bonus dan insentif produktiviti sebanyak RM102.58 juta kepada 95,949 peneroka FELDA di seluruh negara bukan 'gula-gula' oleh kerajaan untuk memancing undi peneroka, kata Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad.

Beliau berkata, pemberian bonus dan insentif yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kelmarin adalah bagi meringankan bebanan peneroka, terutama membuat persediaan menghadapi musim persekolahan minggu depan.
“Kalau ikutkan pembangkang, mereka sentiasa berusaha mempengaruhi peneroka dengan pelbagai perkara negatif. 

“Tahun lalu, kerajaan turut memberikan bonus kepada peneroka FELDA dan ini adalah usaha berterusan kita menyediakan segala kebaikan kepada peneroka, bukannya sebagai ‘gula-gula’. 

“Perdana Menteri sudah banyak melakukan transformasi terhadap FELDA sehingga menyaksikan ramai anak peneroka berjaya dalam pengajian serta bidang yang mereka ceburi. 

“Kalau pembangkang kata ini (bonus) adalah ‘gula-gula’ dari kerajaan... itu tidak betul kerana ia memberi banyak faedah kepada peneroka, terutama menghadapi musim persekolahan baru yang sudah tentu memerlukan sumber kewangan bagi membeli pelbagai keperluan persekolahan anak,” katanya kepada selepas memberi penerangan kepada peneroka rancangan kemajuan tanah itu di sini, semalam.

Beliau mengulas insentif diumumkan Najib, kelmarin, yang akan menyaksikan 60,584 peneroka menanam semula getah bersama FELDA menerima bonus maksimum RM1,200 seorang, manakala 2,500 peneroka yang tanaman mereka diserang penyakit menerima RM400 seorang. 

Isa berkata, pembangkang sejak 1970-an cuba menanam sikap tidak berterima kasih kepada kerajaan di kalangan peneroka sehingga ada antara mereka terpengaruh. 

“Sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, kerajaan sudah berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan sekiranya tidak ada pemimpin seperti Allahyarham, sudah tentu tidak ada tanah rancangan FELDA seperti sekarang. Oleh itu, tiada sebab mengapa peneroka FELDA harus menolak kerajaan,” katanya. 

Ditanya mengenai serangan pembangkang terhadapnya, Isa berkata, beliau sudah terbabit politik lebih 35 tahun dan arif dengan sikap pembangkang serta sudah lali dengan serangan peribadi mereka. - Berita Monggu

No comments:

Post a Comment