My Add

Sunday 25 December 2011

PM sertai program motosikal besar

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Disember, 2011: Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyertai program motosikal berkuasa tinggi bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu acara yang diadakan awal Mac depan, di Bukit Jalil, di sini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Eksekutif Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) berkata, Perdana Menteri telah menyatakan persetujuan untuk menyertai program anjuran Kumpulan Media Prima itu.

Katanya, beliau telah menyediakan jaket dan topi keledar untuk kegunaan Perdana Menteri dalam majlis yang dijangka turut disertai kira-kira 5,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi dan sederhana.

"Najib juga dijangka mengumumkan sesuatu yang pada hemat saya akan memberi keuntungan kepada penunggang motosikal dari segi cukai," katanya pada sidang akhbar sebelum menyertai konvoi "Ride bersama Datuk Zahid Hamidi" di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment