My Add

Tuesday 20 December 2011

Boo Chang mahu saman Wei Aik

PULAU PINANG, SELASA, 20 Disember, 2011: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik bakal berdepan tindakan saman sekiranya gagal menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Gelugor, Lim Boo Chang yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina semalam.

Satu notis peringatan daripada peguam Boo Chang, Tetuan Lim Boo Chang telah diserahkan kepada Wei Aik semalam.

"Notis tersebut telah diserahkan dengan tangan kepada Wei Aik tengah hari ini," jelas Boo Chang dalam kenyataan yang dikirimkan menerusi faks di sini, hari ini.

Dalam notis tersebut, Wei Aik diberi tempoh 24 jam untuk menarik balik kenyataannya itu dan jika gagal akan dikenakan tindakan undang-undang.

Wei Aik dalam kenyataan akhbar itu didakwa menghina Boo Chang dengan menyatakannya mempunyai karakter katak dan bukan manusia.

Rabu lalu, Boo Chang, 56, mengumumkan keluar PKR selepas hilang keyakinan terhadap parti berkenaan yang didakwa gagal menepati janji untuk mereformasikan rakyat selain pertelagahan sesama sendiri dalam kalangan ahli. - UM

No comments:

Post a Comment