My Add

Wednesday 21 December 2011

BR1M bantu ringankan beban rakyat, bukan perangkap

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Disember, 2011: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin hari ini menegaskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah usaha ikhlas kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah, dan bukan ”perangkap” seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada orang ramai, khususnya peniaga kecil yang bimbang untuk memohon BR1M kerana berpendapat mereka mungkin diminta membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kelak.

"Saya ingin menjelaskan bahawa bukan niat kerajaan untuk menyusahkan golongan yang layak menerima BR1M ini kerana bantuan RM500 itu dapat meringankan beban mereka dalam keadaan ekonomi sekarang,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment