My Add

Wednesday 21 December 2011

Angka kematian nahas bas ekspres meningkat kepada tujuh

KOTA KINABALU, RABU, 21 Disember, 2011: Seorang lagi penumpang bas dari Brunei yang terlibat dalam kemalangan di Sabah semalam disahkan meninggal dunia, menjadikan angka kematian dalam tragedi itu kepada tujuh orang.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang hari ini berkata, penumpang itu, ketua rombongan, Awang Tarsad Damit, 58, meninggal dunia pada kira-kira 12.15 pagi di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Dua penumpang maut di tempat kejadian dalam kemalangan di KM8.9, Jalan Ranau-Tamparuli di Tuaran dan empat lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuaran.

Kok Liang berkata, jenazah semua mangsa akan diterbangkan ke Brunei hari ini bersama-sama dengan 13 lagi yang terselamat dalam nahas itu.

"Sebanyak 13 lagi yang kini berada dalam keadaan kritikal dan separa kritikal akan terus dirawat di Hospital Queen Elizabeth,” katanya kepada pemberita. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment