My Add

Thursday 8 December 2011

Bukti Pas lindungi kemungkaran

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Disember, 2011:
KEENGGANAN Pas mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ yang didakwa menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi membuktikan parti itu sanggup melindungi kemungkaran walaupun melibatkan isu akidah.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sehingga kini ulama-ulama di dalam Pas masih mendiamkan diri meskipun isu itu cukup besar apabila penceramah Pas tersebut bertindak menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

Beliau berkata, sepatutnya Nik Abdul Aziz mengambil langkah memperbetulkan kekeliruan dengan memberi nasihat kepada penyokong taksubnya dan bukan membiarkan keadaan seperti itu terus berlaku.

“Nik Abdul Aziz merupakan ulama di dalam Pas dan beliau wajib memperbetulkan kekeliruan itu, namun sehingga kini Menteri Besar Kelantan tersebut dilihat lebih bersekongkol kerana membiarkan orang taksub dengannya.

“Ini menunjukkan Pas pilih kasih dalam memperjuangkan amar maaruf dan nahi mungkar. Pas sebenarnya telah merosakkan imej Islam kerana melindungi kemungkaran dalam parti walaupun melibatkan isu akidah. Semoga Pas tidak berkata video ucapan Ustaz Budak itu tidak boleh dijadikan bukti kerana ia adalah besi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meminta Nik Abdul Aziz bertanggungjawab dan tidak lepas tangan dalam isu membabitkan penceramah parti itu Shamsul Zaman yang menyamakannya dengan nabi.

Mereka meminta Menteri Besar Kelantan itu memberi nasihat dan teguran kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu mendewa-dewakan pemimpin parti kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan. - UM

No comments:

Post a Comment