My Add

Saturday 10 December 2011

DAP tidak percaya calon Pas

PASIR MAS, SABTU, 10 Disember, 2011:
PERTUBUHAN Pribumi Perkasa (Perkasa) mendakwa hasrat DAP untuk meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu pada pilihan raya umum akan datang membuktikan parti itu tidak percaya dengan kredibiliti calon Pas.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, perkara tersebut menunjukkan DAP tidak yakin dengan Pas dan menolak dasar perjuangan parti itu walaupun mereka merupakan rakan kerjasama utama di pihak pembangkang.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, pada masa sama, bantahan daripada Pas Selangor terhadap cadangan DAP itu menyerlahkan peribadi pemimpin-pemimpin Pas yang hanya akan melenting jika perkara itu membabitkan soal politik.

Katanya, sebaliknya, jika pemimpin-pemimpin DAP menghina agama Islam atau orang Melayu pemimpin-pemimpin Pas akan memilih untuk berdiam diri.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, Pas Selangor sepatutnya menerima cadangan DAP itu memandangkan 'jalinan mesra' yang wujud antara kedua-dua parti, termasuklah dalam aktiviti yang dijalankan khas untuk orang Islam.

"Sepatutnya mereka menerima calon DAP Melayu, sebab baru-baru ini Pas Selangor menjemput wakil rakyat DAP bukan Islam iaitu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menjalankan kerja-kerja mengagih daging korban.

"Maka, apa salahnya jika mereka meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum nanti," katanya ketika ditemui pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai 100 Pelajar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Mas, di sini semalam. - UM

No comments:

Post a Comment