My Add

Wednesday 14 December 2011

Dr Jeffrey umum Jumaat ini masa depan politiknya

KOTA KINABALU, RABU, 14 Disember, 2011:
PREIDEN Barisan Borneo Bersatu (UBF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan membuat pengumuman Jumaat ini mengenai masa depan politiknya ketika tersebar spekulasi bahawa beliau akan membentuk cabang parti yang berpangkalan di Sarawak itu di Sabah.

Bekas Naib Presiden PKR, pada sidang akhbar yang dijadualkan pada hari itu, dijangka mengumumkan anggota jawatankuasa cabang parti berkenaan, demikian menurut sumber.

Sumber itu juga berkata, kebanyakan anggota UBF menyokong melaksanakan perjuangan politik mereka menerusi parti tersebut oleh kerana ia mendukung agenda Borneo yang diperjuangkan Dr Jeffrey.

UBF telah juga menyatakan kesediaannya membentuk sebuah perikatan seluruh rakyat Sabah tidak kira kaum dan agama bagi mempertahankan kepentingan dan hak rakyat negeri ini.

USNO, parti yang baru dihidupkan semula turut menyokong UBF.

Sehubungan itu, seorang pemimpin penting USNO dijadual menyertai sidang akhbar pada Jumaat ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment