My Add

Monday 5 December 2011

Dr Mahathir cadang UMNO letak ramai calon pelapis

IPOH, ISNIN, 05 Disember, 2011: 
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO perlu mencalonkan pelapis muda dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi memberi peluang kepada mereka memegang jawatan dalam parti.

Beliau berkata, wakil rakyat yang sudah berumur perlu berundur secara sukarela bagi memberi ruang kepada golongan muda yang berkebolehan dan berbakat untuk menyandang jawatan dalam UMNO.

"Kita masuk UMNO bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk UMNO adalah kerana bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang,” katanya kepada pemberita pada “Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M” di Dewan Bandaran Ipoh hari ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang menghina Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada satu ceramah baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, parti itu tidak mempunyai idea selain mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

"Perkara itu menjadi kebiasaan kepada pemimpin-pemimpin DAP dengan memaki hamun serta menghina orang lain. Sepatutnya pemimpin tunjuk perkara yang baik dan apa boleh mereka lakukan kepada rakyat,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment