My Add

Monday 5 December 2011

Palestin: Malaysia sumbang AS$100,000 kepada UNRWA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Disember, 2011:
MALAYSIA menyumbang AS$100,000 (RM310,220) kepada Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi pelarian Palestin.

"Sumbangan sukarela itu sebagai tanda sokongan berterusan Malaysia berhubung hak-hak rakyat Palestin bagi sebuah negara Palestin yang bebas,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Sumbangan itu juga merupakan satu pengesahan sokongan penuh Malaysia bagi perjuangan rakyat Palestin dan perpaduannya dengan rakyat Palestin, katanya.

UNRWA, ditubuhkan dengan matlamat bagi menyediakan pendidikan, jagaan kesihatan, khidmat sosial dan bantuan kecemasan kepada kira-kira 5 juta pelarian Palestin yang berdaftar di di Jordan, Lebanon, Syria, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. – Bernama

No comments:

Post a Comment