My Add

Monday 12 December 2011

DRB-Hicom mungkin menang bidaan untuk saham Proton

PUTRAJAYA, ISNIN, 12 Disember, 2011: 
KONGLOMERAT, DRB-Hicom Bhd, dijangka memenangi bidaan ke atas 42.7 peratus kepentingan Khazanah Nasional Bhd dalam Proton Holdings Bhd, berdasarkan keupayaan pengurusan dan kewangannya yang kukuh, kata Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

"DRB-Hicom diurus dengan baik. Mereka juga keluarkan kereta-kereta untuk Suzuki, Mercedes dan Volkswagen. Syarikat ini juga milik Kumpulan Al-Bukhary yang mempunyai banyak perniagaan lain, termasuk operasi pelabuhan.

"Mereka nampak berkeupayaan menjalankan perniagaan,” kata bekas perdana menteri itu dalam temu bual dengan Bernama dan Bloomberg hari ini.

Selain DRB-Hicom, pemegang saham utama Proton, Khazanah Nasional juga menemui Kumpulan Naza, Sime Darby Bhd dan beberapa syarikat tempatan yang lain untuk membeli kepentingan, katanya.

Sime Darby menolak tawaran itu, kata Dr Mahathir yang juga pengasas Proton.

Dr Mahathir berkata, Naza sudah mengemukakan cadangan dan nampak berminat.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyokong sebarang syarikat dan terpulanglah kepada Khazanah, cabang pelaburan kerajaan bagi memutuskannya (kejayaan pembidaan).

"Pembeli mesti mempunyai kapasiti untuk membiayai pemulihan kewangan Proton. Proton mempunyai masalah kewangan seperti syarikat kereta yang lain.

“Jika mereka tidak mampu, ia tidak baik untuk Proton,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment