My Add

Monday 12 December 2011

Skim BKK: RM71.2j disalur bantu 43,810 ibu tunggal

KUALA LUMPUR 12 Disember, 2011:
SEBANYAK RM71.2 juta telah disalurkan kepada 43,810 ibu tunggal melalui Skim Bantuan Kanak-kanak (BKK) bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, skim di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu merupakan satu daripada usaha kementerian itu membantu ibu tunggal.

"Skim yang memberikan bantuan kewangan dengan kadar RM100 hingga RM450 sebulan bagi satu-satu keluarga ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib dan cabaran yang dihadapi bukan sahaja golongan kurang berkemampuan tetapi juga ibu tunggal,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader di Dewan Negara di sini hari ini.

Shahrizat berkata, JKM turut memperuntukkan beberapa skim lain termasuk Bantuan Am Persekutuan dan Negeri serta Geran Pelancaran.

Katanya, kementerian menjalankan program pengupayaan sosioekonomi ibu tunggal di bawah aktiviti keusahawanan atau lebih dikenali sebagai Inkubator Ibu Tunggal (I-kit) bagi membolehkan ibu tunggal diberi latihan kemahiran dan pendidikan asas keusahawanan dalam usaha melatih mereka menjadi usahawan yang berjaya. – Bernama

No comments:

Post a Comment