My Add

Sunday 18 December 2011

Empat maut MPV jatuh gaung dekat Kulaijaya

JOHOR BAHRU, AHAD, 18 Disember, 2011: Empat orang maut apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas lalu jatuh ke dalam gaung di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran simpang masuk ke Kulaijaya, dekat sini semalam.

Seorang penumpang mati di tempat kejadian, manakala tiga yang lain meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam.

Empat penumpang yang maut ialah Ng Sin Yun, 17; Tey Jia Xin, 17; Winnie Ng, 16; dan Ching Hui Sean, 16. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment