My Add

Wednesday 7 December 2011

Formula Malaysia urus ekonomi: TPM

CANBERRA, RABU, 07 Disember, 2011: 
KESEIMBANAN antara pertumbuhan ekonomi dan perkongsian kekayaan antara rakyat menjadi cabaran terbesar menuju negara maju menjelang 2020 berikutan Malaysia mempunyai penduduk majmuk serta perbezaan wilayah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, sehubungan itu kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dari awalnya meletakkan sasaran meningkatkan pendapatan rakyat sehingga 40 peratus serta membawa lebih banyak pembangunan bagi membasmi kemiskinan.

"Kita masih mempunyai kawasan yang tercicir daripada pembangunan dengan kadar kemiskinan masih tinggi seperti di Sabah, Sarawak dan Kelantan.

"Justeru, kerajaan memastikan tiada jurang perbezaan antara kawasan atau wilayah yang maju dengan yang mumdur dalam kita mencorakkan pembangunan dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk Formula Malaysia - Mengurus Ekonomi dan Mentransformasi Politik anjuran Universiti Nasional Australia, di sini semalam. 

Wartawan Berita Harian, Zainudin Isa melaporkan dari Australia, Muhyiddin mengupas dengan terperinci bagaimana Malaysia yang terdiri daripada berbilang agama dan kaum mampu mencapai kemerdekaan daripada British berikutan keazaman tinggi pemimpin negara membawa perpaduan yang menjadi kunci utama kepada kemajuan dicapai hari ini. 

Beliau turut menjelaskan inisiatif pemimpin terdahulu yang merancang pembangunan negara dengan mewujudkan pelan dan dasar yang menyeluruh supaya tiada kaum atau etnik yang ketinggalan. 

Ini termasuk Rancangan Lima Tahun, DEB, Wawasan 2020 dan terbaru Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) menerusi pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Dalam syarahannya itu, Muhyiddin menegaskan tujuan transformasi dilakukan bagi menyediakan ekonomi Malaysia lebih kukuh, berdaya saing dan kondusif, sesuai dengan tuntutan dan tekanan globalisasi. 

"Ramai yang beranggapan nahawa ETP hanya untuk "menyediakan orang kaya menjadi lebih kaya". 

"Ia salah kerana matlamat ETP sebenar untuk tingkatkan pendapatan supaya setiap rakyat dapat nikmati pertumbuhan ekonomi negara," katanya. 
Daripada Zainudin Isa di Australia

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, wawasan dan strategi untuk menjadi negara maju bukan ukuran di atas kertas semata-mata kerana yang lebih penting sokongan padu setiap kumpulan sasar untuk menjayakannya. 

"Bagi kebanyakan orang, ukuran negara berpendapatan tinggi bukan dicerminkan dengan berapa banyak bangunan pencakar langit dibina, tapikecekapan sistem pengangkutan awam, taraf rawatan kesihatan, harga rumah yang berpatutan, kemudahan pendidikan dan kadar inflasi yang rendah." katanya. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan hari ini turut mengambil kira perubahan politik semasa negara dan antara transformasi politik ketara yang dijalankan ialah memansuhkab Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat.

No comments:

Post a Comment