My Add

Wednesday 7 December 2011

Penyerahan Eurocopter bermula Disember 2012


LANGKAWI, RABU, 07 Disembe, 2011:
EUROCOPTER EC725 CougarLANGKAWI: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerima helikopter baru, EC725 Cougar keluaran firma Eropah, Eurocopter secara berperingkat bermula Disember tahun depan sehingga 2014. 

Ia disahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eurocopter, Dr Lutz Bertling sambil menyatakan lapan dari 12 unit helikopter ditempah itu sedang disiapkan untuk tujuan penghantaran pertama.

"Pembinaan EC725 Cougar yang ditempah Kerajaan Malaysia adalah mengikut dan proses penghantarannya dijangka tidak akan mengalami sebarang kelewatan.

"Proses latihan untuk pengendalian helikopter itu oleh juruterbang TUDM dijadualkan bermula pertengahan tahun depan di Marignane, Perancis yang menempatkan ibu pejabat, pusat latihan dan loji pengeluaran Eurocopter," katanya ketika ditemui pemberita di Pameran Antarabangsa Aeroangkasa & Maritim Langkawi Ke-11 (LIMA11), di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment