My Add

Monday 5 December 2011

Gendang perang BN mula dipalu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Disember, 201: Perhimpunan Agung UMNO ke 62 berlalu dan terakhir menjelang 18 bulan akan datang. 

Maka terselaklah babak perubahan langkah dan silat pembaharuan usaha untuk memperkukuh barisan parti.

Dan bermula tiupan semboyan perang Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU13.

Namun, ada beberapa persoalan berlegar selepas perhimpunan parti keramat itu, antaranya:

1    Bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)? Akhir suku pertama 2012?

2    Bersediakah BN memberi impak jika PRU13 diadakan dalam masa terdekat.

3    Sejauh mana mesej Presiden UMNO, Datuk  Seri Najib Tun Razak meresap pada setiap ahli UMNO, di segenap cawangan dan bahagian parti bagi memastikan kemenangan besar BN kelak.

4    Apakah sengketa atau perselisihan sesama sendiri yang mugkin wujud di peringkat cawangan dan bahgian terlerai setelah dinasihati Najib. .

5    Adakah perwakilan benar-benar menerima dan sanggup melunas janji dan bersedia menerima siapa jua calon yang dipilih, dan akan membantu mencapai kemenangan dengan strategi yang dirangka.

Kini, perwkilan sudah pulang ke bahagian masing-masing. Tugas besar dan tanggungjawab berat masing-masing ialah bagi memastikan mesej dan harapan presiden parti bukan saja sampai, malah dirasai serta terpahat di hati mereka.

Semua kepemimpinan UMNO akur bahawa ahli parti dan rakyat keseluruhannya adalah sasaran utama kerana mereka adalah pengundi yang akan menentukan kelangsungan UMNO dan BN pada PRU-13.

Pada peringkat ini, kebanyakan pemimpin bahagian UMNO yang ditemui menyatakan komitmen masing-masing.

Mereka siap sedia mengatur langkah untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat dengan jawatankuasa bahagian dan cawangan, termasuk pergerakan sayap parti.

Kepemimpinan yang terbabit juga tidak mahu berganjak pada ikrar taat setia yang dimeterai itu.

Persoalan besar sekarang BN akan meletakkan lebih ramai calon muka baru di kalangan orang muda yang memenuhi kriteria calon boleh menang. 

Menurut Najib, langkah itu adalah keperluan bagi mengukuhkan barisan parti dan meletakkan UMNO sebagai parti dinamik serta sedia membawa perubahan.

Beliau mengakui akan ada perubahan (calon) pada pilihan raya dan bagi sesetengah tempat memang perlu ada pembaharuan.

Mungkin kali ini bilangan muka baru lebih ramai berbanding dulu sebab nak memperlihatkan UMNO ada muka baru dan orang muda, kata Najib.

“Kita sedang semak dan calon sedia ada. Kita akan lihat prestasi sebagai wakil rakyat. Jika baik diberi peluang sebab bila kita anjurkan konsep winnable candidate, kita tidak letakkan tempoh penggal perkhidmatan,” katanya.  


No comments:

Post a Comment