My Add

Monday 5 December 2011

Portal IslamGRID sumber rujukan umat Islam: Jamil Khir

KUALA LUMPUR, ISNIN , 05 Disember, 2011: 
PORTAL IslamGRID yang dilancarkan hari ini adalah satu pusat sumber rujukan bagi mendapatkan panduan, bimbingan dan penerangan berkaitan dengan ajaran agama Islam khususnya untuk umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

Beliau berkata, pelaksanaan portal menerusi penggunaan sistem teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) itu adalah satu platform yang diharap dapat dimanafaat seluruh masyarakat di Malaysia.

"Kita menyedari bahawa semua teknologi itu adalah alat dan saluran. Di samping kandungan yang baik dan bermanfaat ia membenarkan juga penyebaran kandungan dari luar yang 'tidak baik'.

"Oleh itu ,kita perlu menyediakan kandungan berasaskan Islam yang tulen dan sebenar bagi mengimbangi 'kebanjiran kandungan luar' yang boleh mengancam akidah umat Islam," katanya selepas merasmikan seminar IslamGRID kali kedua 2011 dan pelancaran program rancangan realiti televisyen Adik-adikku Musim Ke-3 disini, hari ini. 

Jamil Khir berkata, pelaksanaan portal itu adalah hasil kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Malaysia (MAMPU). 

"Portal ini akan meliputi semua bidang Islam antaranya soal jawab agama, baitulmal, ibadah haji, wakaf dan status makanan halal," katanya. 

Orang ramai boleh melayari laman web www.islamgrid.gov.my bagi mendapatkan maklumat mengenai portal tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment