My Add

Friday 9 December 2011

Hasilkan lebih banyak buku sejarah, kebudayaan, warisan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Disember, 2011:
BEKAS perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat Malaysia menghasilkan lebih banyak buku mengenai sejarah, kebudayaan dan warisan bagi memastikan bahan bacaan berkenaan terus wujud.

Beliau berkata, bahan bahan berkenaan sama ada dalam bentuk buku atau buku elektronik (e-book) akan dapat generasi muda terus mempunyai maklumat mencukupi untuk memahami sejarah dan menghargai kebudayaan dan warisan negara.

"Penulisan buku yang baik akan dapat dihasilkan jika kandungannya dilakukan menerusi penyelidikan dan pendokumentasian. Sehubungan itu, adalah penting sikap dan amalan sistem pendokumentasian yang baik dipupuk di kalangan rakyat Malaysia.

"Mengandaikan bahawa sumber dan data sudah tersedia dan boleh diakses, adalah penting bahawa individu yang menulis adalah seorang yang cekap dan mahir dalam penulisan buku.

"Dalam hal ini, saya merayu rakyat Malaysia agar membaca kerana mereka yang banyak membaca mampu menguasai dan memahami sesuatu dengan baik untuk melahirkan kandungan yang baik,” katanya semasa melancarkan buku bertajuk “Malaysian Batik: Reinventing a Tradition” sempena Konvensyen dan Pameran Batik Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIB) 2011 di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment