My Add

Friday 9 December 2011

Pendedahan bank-bank Eropah: Zeti nafi laporan Nomura

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Disembe, 2011:
GABENOR Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz hari ini menafikan pendedahan bank-bank Eropah ke atas Malaysia membabitkan AS$50 bilion (RM155 bilion) atau kira-kira 19 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.

“Maklumat ini tidak tepat. Apa yang saya ingin tegaskan ialah bank-bank asing kita diperbadankan dalam negara dan oleh itu mereka kurang terdedah berbanding tempat lain di mana mereka tidak diperbadankan dalam negara.

“Kami akan mengumumkan angkanya memandangkan laporan itu tidak betul. Ia kurang daripada lima peratus, angkanya sangat rendah,” katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas mengenai isu itu selepas melancarkan MobileLink bank pusat itu di sini hari ini.

Ahli ekonomi di Nomura International, sebuah syarikat pengurusan aset, menyatakan baru-baru ini bahawa Malaysia merupakan antara ekonomi yang akan menjadi paling lemah memandangkan ia berada dalam kumpulan ekonomi yang lemah.

Beliau juga berkata Malaysia menduduki tempat ketiga di Asia, tidak termasuk Jepun, dari segi pendedahan terhadap tuntutan bank Eropah, selepas Hong Kong dan Singapura, yang bermakna menghadapi masalah kecairan jika bank-bank Eropah mula mengurangkan pendedahan mereka ke rantau ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment