My Add

Friday 9 December 2011

Hudud mainan politik Pas

BACHOK, JUMAAT, 09 Disember, 2011:
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan Persekutuan tidak boleh disabitkan sebagai punca kegagalan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana rakyat telah memberi mandat kepada Pas mentadbir kerajaan negeri lebih 21 tahun.

Katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan penghalang, sebaliknya kepimpinan Pas boleh melaksanakan di negeri yang ditadbir mengikut prosedur perundangan, namun perjuangan untuk merealisasikan hukum hudud terhenti begitu sahaja.

"Kenapa kepimpinan Pas perlu takut kepada Perlembagaan Persekutuan sedangkan hasrat mereka adalah untuk mengangkat martabat perundangan Islam? Amanah rakyat dipersiakan dengan slogan dan teori sahaja dan gagal diuruskan secara bijaksana, sebaliknya menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Ihsan Bencana Banjir kepada 207 ketua keluarga di Sekolah Kebangsaan Pak Badol, dekat sini semalam,
lapor TOREK SULONG.

Hadir sama, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain.

Mohamed Nazri berkata, rakyat Kelantan perlu mendapatkan maklum balas dan jawapan yang terperinci daripada kepimpinan Pas berhubung kegagalan pelaksanaan hukum hudud yang digembar-gemburkan mereka dan tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan kononnya ia mendapat tentangan kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, dakwaan yang menyatakan kerajaan Persekutuan tidak membenarkan pelaksanaannya hanya helah politik bertujuan mengabui mata rakyat supaya terus menyokong Pas pada pilihan raya umum.

"Nak buat, buatlah jangan dijadikan isu politik menjelang pilihan raya. Jangan kaitkan lagi dengan kerajaan Persekutuan. Ini helah politik lapuk yang sudah disedari oleh rakyat.

"Saya cuma nak tanya apakah pemimpin Pas lebih takutkan Perlembagaan Persekutuan, walhal mereka mendakwa berjuang untuk menegakkan hukum agama. Mana satu yang mereka nak pakai kerana tiada sebarang usaha dilakukan sehingga sekarang?" soalnya. - UM

1 comment:

  1. terlajak kata,bahaya...jgn memfitnah org sesuka hati....dosa fitnah itu ag besar dr membunuh...

    ReplyDelete