My Add

Saturday 10 December 2011

Insentif emas pertama Sukan SEA naik kepada RM20,000

NAJIB Tun Razak menyampaikan replika cek RM10,000 kepada pemenang pingat emas acara ski air, Aaliah Yoong, atlet berusia 8 tahun pada Majlis Penghargaan Wira-Wira Malaysia yang memenangi emas, perak dan gangsa pada Sukan SEA ke-26 di Indonesia dalam satu majlis di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam. Turut sama, Ahmad Shabery Cheek. 

-KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Disembe, 2011: DATUK Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan insentif untuk pingat emas pertama setiap atlet pada Sukan SEA akan datang di bawah Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan ditingkatkan sekali ganda menjadi RM20,000.

Perdana Menteri berkata, atlet juga akan menerima RM10,000 bagi setiap pingat emas kedua dan seterusnya sebagai dorongan serta penghargaan atas segala jerih-perih mereka mengharumkan nama negara.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan insentif bagi acara berpasukan (melebihi lima orang) yang memenangi emas pada kejohanan Sukan SEA Indonesia dinaikkan kepada RM5,000 seorang berbanding RM2,000 ketika ini.

"Saya melihat sumbangan RM2,000 bagi acara berpasukan ini terlalu kecil dan sewajarnya ia dinaikkan kepada RM5,000 seorang. Ini kerana setiap mereka terpaksa melalui jerih-perih yang bukan sedikit semasa berjuang untuk negara di Indonesia.

"Kenaikan insentif ini (khususnya pada temasya akan datang) akan memberi suntikan semangat kepada para atlet untuk memburu lebih banyak emas selepas ini," katanya semasa berucap pada majlis meraikan pemenang pingat emas Sukan SEA Indonesia di sini, semalam, lapor DJOHAN SHAHRIN SHAH

Pada majlis itu, beliau turut mengalungkan pingat emas kepada kuartet 4x400 meter lelaki yang tidak menerima pingat mereka di Indonesia berikutan terpaksa pulang awal.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalannya, Senator Gan Ping Siew; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong serta semua 91 atlet individu dan berpasukan yang menyumbang emas kepada negara.

Menyentuh mengenai kejayaan Malaysia meraih 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa termasuk mengekalkan 'ibu segala emas' dalam acara bola sepak pada temasya itu, Perdana Menteri berkata, ia satu kejayaan yang sangat membanggakan.

Namun, Najib tidak mahu para atlet serta persatuan sukan mudah berpuas hati dengan kejayaan di Sukan SEA yang hanya bertaraf Asia Tenggara, sebaliknya beliau mencabar mereka supaya membuktikan kebolehan di kejohanan lebih besar selepas ini.

Ini kerana jelas beliau, sukan bukan sahaja wadah perpaduan bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini, tetapi ia juga satu industri yang menguntungkan selain dapat mengangkat martabat Malaysia di mata dunia jika para atlet berjaya meraih emas.

"Jadikan kejayaan di Indonesia sebagai landasan untuk menempa kejayaan lebih besar di peringkat Asia, Komanwel dan seterusnya Sukan Olimpik. Saya tidak mahu kita hanya gah di Asia Tenggara, kita perlu buktikan kejayaan Malaysia di peringkat lebih tinggi," katanya.

No comments:

Post a Comment