My Add

Saturday 10 December 2011

Isu hitam metalik: Zambry serah rakyat hukum Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, SABTU 10 Disember, 2911:
MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, beliau tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam isu “hitam metalik” tetapi sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk menghukum kebiadaban Setiausaha DAP Perak itu.

Beliau berkata, hukuman rakyat merupakan pengadilan terbaik dan tepat kerana kenyataan Kor Ming yang menggelarkannya “hitam metalik” dibuat di hadapan khalayak ramai dengan tujuan untuk mencerca peribadi, bukannya menghasut.

"Saya sering ditanya, kenapa saya berdiam diri, kenapa tidak ambil tindakan mahkamah dan sebagainya. Saya jawab bahawa perlu apa saya mengambil tindakan mahkamah kerana kenyataan itu dibuat di hadapan orang ramai dan ditujukan khusus dengan mencemuh dan mencerca keperibadian saya.

"Beliau tidak membuat kenyataan yang dikatakan menghasut dan sebagainya tetapi mencerca dan menghina, jadi pengadilan yang sebaik-baiknya ialah saya pulangkan kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ke-57 dan Seminar Pemikiran Najib Razak Dari Nazrah Generasi Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment