My Add

Saturday 10 December 2011

Jangan persoal kemampuan aset pertahanan - Ahmad Zahid

LANGKAWI, SABRU, 10 Disember, 211:
SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menceritakan perkara sebenar kepada rakyat mengenai keupayaan kapal selam negara selepas menempuh sendiri pengalaman menyelam dengan KD Tun Razak hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang boleh mempersoalkan mengenai harga atau penghantarannya, tetapi jangan mempersoalkan tentang kebolehan dan kesiapsiagaan aset-aset yang dimiliki oleh ketiga-tiga cabang tentera negara iaitu udara, laut dan darat.

"Saya harap selepas ini beliau (Guan Eng) ceritalah yang benar supaya isu-isu keselamatan khususnya mengenai pertahanan negara ini jangan dipolitikkan. Kita mesti membezakan antara soal politik dan soal pertahanan negara.

"Saya (bersikap) terbuka pada hari ini dan inilah dasar kerajaan. Kita harap ia tidak dimanipulasikan oleh parti-parti pembangkang," katanya.

Beliau ditemui semasa menunggu ketibaan Guan Eng selepas mengikuti pelayaran bersama kapal selam kedua negara, KD Tun Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini semalam.

Hari ini Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan dua Timbalannya, Prof. Dr. P. Ramasamy serta Datuk Dr. Mansor Othman dibawa belayar dan menyelam lebih sejam dengan KD Tun Razak.

No comments:

Post a Comment