My Add

Thursday 22 December 2011

JPJ tambah anggota bahagian pengujian lesen memandu

MELAKA, KHAMIS, 22 Disember, 2011: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambah bilangan anggota di bahagian pengujian di seluruh negara bagi melicinkan proses ujian lesen memandu, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat. 

Beliau berkata, langkah itu berikutan jumlah calon untuk menduduki ujian memandu semakin meningkat. Purata seramai 98,532 orang mendaftar setiap bulan untuk ujian memandu.

“Sehingga Ogos lalu seramai 755,800 orang mendaftar dan ini dijangka terus meningkat sehingga sejuta orang pada akhir tahun ini.

"Sehingga kini JPJ hanya mempunyai seramai 386 orang penguji dan jumlah berkenaan dikhuatiri tidak dapat melicinkan proses ujian lesen memandu dan memendekkan masa menunggu," katanya selepas Majlis Penutup dan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas dan Induksi 337 Pembantu Penguatkuasa Gred N17 Siri 2/2011 di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia di sini, hari ini. 

Hadir sama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan. 

Jelaing berkata, mengikut rekod, terdapat seramai 12.68 juta pemegang lesen memandu di seluruh negara. 

Secara purata terdapat kira-kira 600,000 pemandu baru setiap tahun dengan bilangan kenderaan pelbagai jenis berjumlah 21.6 juta di seluruh negara,” katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment