My Add

Wednesday 7 December 2011

Juruterbang Malaysia terbangkan pesawat Sukhoi di LIMA


LANGKAWI, RABU, 07 Disemver, 2011: PESAWAT Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sukhoi SU-30 MKM yang mengambil bahagian pada pertunjukan udara Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2011 (LIMA '11) di sini, diterbangkan oleh rakyat Malaysia dan bukan warga Rusia. 

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata pesawat itu diterbangkan oleh Mejar Mohd Faizal Abu Bakar dan Mejar Hisham Che Halid.

Perkara itu dibawa pada perhatian pemberita pada sidang akhbar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di hari kedua LIMA hari ini.

Rodzali berkata, TUDM berbangga mempamerkan Sukhoi di pameran itu yang ramai pelawat mengganggap pesawat tempur serbaguna itu diterbangkan oleh juruterbang Rusia. 

"Ini satu kesilapan kerana Mejar Faizal (dan rakannya) yang menerbangkan jet 
pejuang itu," katanya. 

Sukhoi membuat kemunculan sulung untuk orang ramai di Malaysia pada 2007. 

Rodzali juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada tentera 
udara dari Australia, Singapura, Thailand dan Perancis kerana menyertai LIMA. 

"Kita bangga dengan penyertaan mereka di sini, khasnya Tentera Udara Diraja 
Thailand kerana walaupun sedang menghadapi cabaran seperti banjir di Thailand, 
tetapi masih mampu menghantar dua pesawat menyertai kita di LIMA," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment