My Add

Thursday 22 December 2011

Kampus baru Maktab Tentera Diraja siap 2013 - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Disember, 2011: Kampus baru Maktab Tentera Diraja (MTD) yang kini di peringkat awal pembinaan dijangka siap pada hujung 2013, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kampus itu yang akan menggantikan kampus sekarang di Kem Perdana Sungai Besi dekat sini, dijadual dapat beroperasi pada Januari 2014.

"Pembinaan kampus baru itu diharap dapat menyelesaikan masalah seperti ketiadaan air dan elektrik,” katanya kepada pemberita selepas perbarisan tahunan dan penyampaian hadiah MTD, di sini hari ini.

Beliau berkata, fasiliti yang dibina berhampiran kampus sedia ada itu akan dilengkapi kemudahan setanding dengan sekolah berasrama penuh lain di negara ini.

Ini penting dalam usaha kementerian menjadikan MTD antara sekolah berasrama penuh terbaik pada kalangan negara ASEAN, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment