My Add

Thursday 22 December 2011

KBS tiada kuasa pecat pemimpin persatuan sukan: Menteri

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Disember, 2011: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak ada kuasa untuk memecat mana-mana pemimpin persatuan sukan yang berhasrat untuk memimpin dalam satu tempoh masa yang lama, kata Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau bagaimanapun mengingatkan semua pemimpin persatuan sukan supaya sentiasa menilai prestasi dan tahap pengurusan mereka sama ada telah menghasilkan kejayaan atau sebaliknya.

"Perkara ini terpulang kepada setiap persatuan namun pemimpin mereka khususnya perlu tepuk dada dan tanya selera, perlukah mereka memegang jawatan lama-lama namun tahap prestasi sukan tersebut merosot?” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Mohd. Khalid Ahmad pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Mohd. Khalid ingin tahu mengenai pendirian KBS terhadap kemelut yang melanda beberapa persatuan sukan yang antaranya berpunca daripada keengganan pemimpin untuk meletakkan jawatan walaupun sudah didesak sehingga memberi kesan kepada kemerosotan sukan terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment