My Add

Thursday 8 December 2011

Kapal layar: TLDM azam jadi juara dunia

LANGKAWI, KHAMIS. 08 Disember, 2011:
TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) berazam menjadi peneraju sukan layar bertaraf dunia dengan pemilikan dua buah kapal layar, DK Utarid dan DK Uranus bernilai RM4 juta setiap satu.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, ia tidak mustahil dicapai apabila DK Utarid membuktikan kemampuan memenangi tempat kedua Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor baru-baru ini.

“Dalam pertandingan itu, sebanyak 37 bot menyertainya tetapi DK Utarid berjaya mendapat tempat kedua yang amat membanggakan kami.

“Adalah menjadi harapan TLDM untuk menyediakan satu pasukan yang dapat mengambil bahagian di peringkat antarabangsa dan kita boleh bermula dengan menyertai Piala Monsun pada 2012,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas upacara simbolik penyerahan DK Utarid daripada Pengerusi Eksekutif DK Composites Sdn. Bhd., Datuk Ir. Khalilur Rahman Ebrahim di sini semalam.

TLDM menerima kapal layar pertama, DK Uranus pada bulan Oktober lalu.

Sementara itu, Khalilur Rahman berkata, syarikatnya telah berjaya menjual 2,000 kapal namun hanya lima buah dijual di dalam negara dan selebihnya kepada pembeli dari seluruh dunia.

“Sukan air terutama sukan kapal layar kurang diminati di Malaysia tetapi pembabitan TLDM diharap dapat menyemarakkan minat rakyat tempatan,” katanya. - UM

No comments:

Post a Comment