My Add

Saturday 10 December 2011

Pengakuan Guan Eng, bukti tuduhan pembangkang tidak benar

KUALA NERANG, SABUT, 10 Disember, 2011:
PENGAKUAN Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai kapal selam milik Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) mampu menyelam dan aset pertahanan itu diperlukan negara membuktikan tuduhan pembangkang terhadap kerajaan tidak benar.

Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pengakuan Guan Eng itu berlawanan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan terutama oleh DAP terhadap kerajaan selama tiga tahun sejak pembelian aset pertahanan tersebut.

"Dalam tempoh tiga tahun DAP berusaha memutarbelitkan isu pembelian kapal selam negara tetapi setelah diberi peluang belayar dalam KD Tun Razak semalam baru beliau mahu mengakui keperluannya.

"Ini adalah satu contoh apa yang dibuat kerajaan perlu diiktiraf.

Keselamatan negara bukan perkara main-main,” kata Mahdzir kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia peringkat Parlimen Padang Terap di sini, hari ini sebagai mengulas pengakuan Guan Eng semalam. - Bernama

No comments:

Post a Comment