My Add

Wednesday 7 December 2011

Kehadiran pengunjung hari pertama LIMA’11 pecah rekod

LANGKAWI, RABU, 07  Disember, 2011:
KIRA-KIRA 15,000 pengunjung perdagangan berkunjung ke Pusat Pameran Antarabangsa Langkawai (MIEC) pada hari pertama Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA’11) semalam yang sekali gus memecah rekod kunjungan pada hari pertama LIMA sebelum ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kelihatan gembira dengan keadaan ini, semasa beliau bercakap kepada pemberita di MIEC iaitu venue pameran segmen udara, hari ini.

"Ini merupakan rekod baru buat LIMA sejak pertama kali diadakan pada 1991.

Pameran sebelum ini mencatat antara 8,500 hingga 9,000 pengunjung pada hari pertama,” katanya.

"Harus diingat, pameran ini masih belum dibuka kepada orang wamai,” katanya dan mengucapkan terima kasih kepada media kerana turut mengetengahkan LIMA. - Bernama

No comments:

Post a Comment